KOTA BHARU – Seorang penganggur didakwa di Mahkamah Sesyen di sini pada Rabu atas pertuduhan melakukan samun terhadap seorang pelanggan di sebuah kedai serbaneka di Jalan Long Yunus di sini pada Mei lalu.
Tertuduh, Muhamad Hazriq Aiman Ab Ghani, 22, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Nik Habri Muhamad.