KRPPM-IGAR desak beberapa pindaan dalam peraturan pilihan raya segera dibuat
Iklan
Azli (tengah) ketika sidang akhbar di Pusat Media Parlimen pada Rabu.
KUALA LUMPUR - Pindaan terhadap beberapa undang-undang dan peraturan pilihan raya khususnya Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 perlu dilaksanakan segera.
Pengerusi Kumpulan Rentas Parti Parlimen Malaysia - Integriti, Govenans dan Antirasuah (KRPPM-IGAR), Azli Yusof berkata, usaha itu penting bagi memperkasakan undang-undang tersebut menjelang Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) nanti.
Iklan
Iklan
Menurutnya, pilihan raya yang bebas dan adil merupakan asas kepada sesebuah demokrasi matang, telur dan berintegriti, bukannya memberi kelebihan kepada mana-mana parti politik.
“Antara perkara utama dalam Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 yang boleh meningkatkan integriti, govenans dan pencegahan rasuah adalah dengan memasukkan peruntukan berkenaan penggunaan sumber dan jentera kerajaan semasa tempoh kempen pilihan raya.
Iklan
“Disebabkan ketiadaan undang-undang dan peraturan jelas, parti politik yang memegang tampuk kepimpinan kerajaan negeri atau persekutuan cenderung menggunakan jentera dan sumber kerajaan untuk berkempen.
“Selain, kuasa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) perlu diperkasakan agar dapat menguatkuasakan undang-undang pilihan raya, sebagai contoh boleh memberikan kompaun terhadap beberapa kesalahan pilihan raya seperti berkempen pada hari pengundian dan menurunkan bahan kempen termasuk hantaran di media sosial,” katanya ketika sidang akhbar di Pusat Media Parlimen di sini pada Rabu.
Iklan
Turut hadir, Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin, Ahli Parlimen Bentong, Young Syefura Othman dan Ahli Dewan Negara, Profesor Emeritus Datuk Seri Dr Awang Sariyan.
Mengulas lanjut, Azli berkata, cadangan pindaan lain ialah penyahklasifikasian laporan Jawatankuasa Penambahbaikan Sistem dan Undang-Undang Pilihan Raya (ERC) bagi membolehkan rakyat, wakil rakyat, pakar pilihan raya dan undang-undang untuk membahaskan syor sistem berkenaan.
Ujarnya, reformasi terhadap undang-undang pilihan raya amat penting bagi mengembalikan keyakinan rakyat terhadap pelaksanaan dan perjalanannya.
“Ia penting bagi memperkukuhkan keyakinan rakyat terhadap sistem demokrasi serta menjamin bahawa mandat rakyat yang diberikan melalui peti undi benar-benar mencerminkan kehendak rakyat,” katanya.
Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) mengambil perhatian terhadap isu penyampaian ceramah agama tanpa tauliah secara dalam talian susulan penggunaan platform media sosial yang semakin meluas, lapor wartawan Sinar Harian, Tuan Buqhairah Tuan Muhamad Adnan.
Menterinya, Dr Zulkifli Hasan berkata, ketika ini, bidang kuasa berkaitan pemberian tauliah untuk mengajar agama terletak di bawah kerajaan negeri, termasuk menentukan individu yang layak menerima tauliah serta mengambil tindakan terhadap mereka yang melanggar etika.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/787870/berita/nasional/menteri-ambil-perhatian-isu-ceramah-agama-tanpa-tauliah-dalam-talian
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.