KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadual menjawab soalan Ahli Parlimen pada sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri (MQT) di Dewan Rakyat esok.
Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Dr Johari Abdul memaklumkan perkara itu pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.
Iklan
Iklan
Sesi MQT yang diperuntukkan untuk Perdana Menteri menjawab soalan yang dikemukakan Ahli Parlimen sepatutnya berlangsung semalam (Selasa), namun ditangguhkan susulan cuti sempena sambutan Deepavali.
Persidangan Dewan Rakyat bersambung hari ini selepas berehat selama dua hari bagi memberi laluan kepada sambutan perayaan berkenaan. - Bernama