KATHMANDU - Sebuah sekolah dikejutkan dengan kejadian aneh selepas beberapa murid dilaporkan pengsan secara serentak, menggigil, menangis dan menjerit secara tiba-tiba.
Insiden tersebut berlaku tidak lama selepas sebatang pokok di dalam kawasan sekolah ditebang pihak pentadbiran bagi memberi laluan kepada pembinaan kantin baharu.
Iklan
Iklan
Pegawai kesihatan menjelaskan kesemua murid di di kawasan perbandaran luar bandar Naubahini, Pyuthan di Nepal itu mengalami histeria beramai-ramai yang tersebar dengan pantas walaupun tiada punca perubatan yang jelas.
Ia boleh merebak akibat ketakutan, tekanan atau kebimbangan sehingga menyebabkan sekumpulan individu mengalami simptom yang sama walaupun tiada punca fizikal.
Pada awalnya, ramai menyangka kejadian itu berkaitan perkara mistik. Namun, penjelasan sains memberikan gambaran berbeza. - Agensi