Ahmad Shabery Cheek tamat tempoh perkhidmatan sebagai Pengerusi Felda

Iklan
Ahmad Shabery Cheek

SHAH ALAM - Tempoh perkhidmatan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek sebagai Pengerusi Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) berakhir pada 30 Jun 2026.

Perkara tersebut dimaklumkan oleh organisasi itu pada Selasa.

Iklan
Iklan

Felda dalam satu kenyataan berkata, sepanjang menerajui organisasi, Ahmad Shabery telah menggerakkan pelbagai inisiatif penting bagi menyokong agenda pengukuhan dan transformasi Felda.

"la merangkumi usaha memperkasakan tadbir urus korporat, membina kerjasama strategik, serta meningkatkan keyakinan pihak berkepentingan terhadap Felda.

Iklan

"Pihak Pengurusan dan seluruh warga Felda merakamkan setinggi-tinggi penghargaan," ujarnya.

Dalam masa sama, Felda turut mengucapkan terima kasih atas segala jasa, sumbangan, dan kepimpinan cemerlang beliau.

Iklan

"Semoga asas kukuh yang telah dibina akan terus memacu kemajuan dan kelestarian Felda pada masa hadapan," katanya.