AKPS buat laporan polis, pegawai diugut tembak

Iklan
AKPS Pelabuhan Klang membuat laporan polis susulan seorang pegawai agensi itu menerima ugutan untuk ditembak ketika sedang menjalankan tugas.

PELABUHAN KLANG – Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS) Pelabuhan Klang membuat laporan polis susulan seorang pegawai agensi itu menerima ugutan untuk ditembak ketika sedang menjalankan tugas.

Komander AKPS Pelabuhan Klang, Datuk Nik Ezanee Mohd Faisal berkata, laporan polis itu dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan dan kes berkenaan kini disiasat oleh polis.

Iklan
Iklan

Nik Ezanee berkata, tindakan akan diambil mengikut peruntukan undang-undang jenayah yang berkuat kuasa terhadap mana-mana pihak yang didapati melakukan kesalahan.

"Sebarang bentuk ugutan, intimidasi, gangguan atau cubaan menghalang penjawat awam daripada menjalankan tugas merupakan perbuatan serius dan tidak akan dikompromi," katanya.

Iklan

Katanya, AKPS sentiasa mempertahankan keselamatan serta kebajikan pegawainya dalam melaksanakan amanah menguatkuasakan undang-undang dan melindungi keselamatan sempadan negara.

"AKPS memberi kerjasama penuh kepada polis dalam siasatan yang sedang dijalankan dan menyeru orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh menjejaskan proses siasatan.

Iklan

"Mana-mana individu yang didapati melanggar undang-undang akan berdepan tindakan tegas mengikut peruntukan undang-undang yang berkuat kuasa," katanya.