'Mandela Palestin' didakwa ditembak di penjara, dinafikan rawatan

Iklan
Barghouti didakwa menjadi sasaran tindakan kekerasan melampau di penjara Israel.

RAMALLAH - Pengawal penjara Israel didakwa menembak kaki pemimpin Palestin, Marwan Barghouti dengan peluru getah pada minggu lalu.

"Suami saya mengalami pendarahan. Ia merupakan satu lagi episod dalam siri serangan berterusan terhadapnya oleh pihak berkuasa di Penjara Ganot," menurut isterinya, Fadwa menerusi catatan di Facebook pada Isnin.

Iklan
Iklan

Keluarganya mengetahui tentang insiden itu daripada peguam Barghouti, 67, yang mendedahkan beliau tidak diberikan rawatan akibat kecederaan dialaminya.

Pemimpin kanan Fatah diberi julukan 'Mandela Palestin' itu ditahan pada 2002 dan sedang menjalani lima hukuman penjara seumur hidup atas peranannya ketika Intifada Kedua.

Iklan

Barghouti merupakan antara tokoh utama ketika kebangkitan penduduk Palestin pada awal tahun 2000-an dan dilihat sebagai calon pengganti berpotensi kepada Presiden Palestin, Mahmoud Abbas.

Walaupun berada di sebalik tirai besi, Barghouti berjaya dipilih semula sebagai anggota Jawatankuasa Pusat Fatah pada tahun ini selepas menerima jumlah undi tertinggi. - AFP

Iklan