Tiga bulan menghendap rakan sekampus, lelaki dicekup polis

Iklan
Tangkap layar rakaman video tular memaparkan aksi suspek tersebut.

SHAH ALAM - Perbuatan menghendap seorang lelaki sejak tiga bulan lalu terhadap rakan wanitanya sejak tiga bulan lalu akhirnya terbongkar selepas diberkas polis di sekitar Seksyen 7 di sini pada Ahad.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Sarudin Samah berkata, pihaknya menerima laporan daripada mangsa berusia 22 tahun kira-kira jam 3.55 petang.

Iklan
Iklan

Menurutnya, mangsa yang juga penuntut universiti awam telah mendakwa telah diganggu dan diekori berkali-kali oleh lelaki terbabit sejak April lalu.

"Susulan, kita telah berjaya menahan suspek berusia lingkungan 20-an itu kira-kira jam 8.30 malam tadi (Ahad)," katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Iklan

Tangkap layar rakaman video tular memaparkan aksi suspek tersebut.

Beliau berkata, semakan mendapati suspek tidak mempunyai sebarang rekod jenayah serta negatif penggunaan dadah.

Iklan

Tambahnya, suspek telah direman sehari untuk disiasat mengikut Seksyen 507A Kanun Keseksaan iaitu kesalahan perbuatan menghendap (stalking) yang dilakukan secara berulang kali.

"Mana-mana individu yang mempunyai sebarang maklumat lanjut mengenai kes ini diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Sabryna Taha di talian 014-5130450," ujarnya.

Terdahulu, tular video di aplikasi Threads memaparkan seorang lelaki mengambil kasut dari dalam rumah lalu menghidunya di sebuah apartment di Seksyen 7 di sini.