Senator Lindsey Graham, sekutu kuat Israel meninggal dunia selepas sakit mengejut

Iklan
Graham merupakan penyokong kuat operasi pencerobohan AS ke atas Iraq pada 2003. - Foto Agensi

WASHINGTON - Lindsey Graham yang merupakan senator Republikan terkemuka di Amerika Syarikat (AS) dan sekutu rapat Presiden Donald Trump telah meninggal dunia pada usia 71 tahun.

Menurut pengarah komunikasi pejabatnya menerusi hantaran di platform X pada awal pagi Ahad, Graham menghembuskan nafas terakhir pada Sabtu selepas jatuh sakit secara tiba-tiba.

Iklan
Iklan

Beliau merupakan penyokong kuat pencerobohan AS ke atas Iraq pada tahun 2003 dan sejak sekian lama menggesa tindakan ketenteraan terhadap Iran.

Laman web rasminya menyatakan bahawa Graham secara konsisten memperjuangkan dasar-dasar dalam Perang Menentang Keganasan yang dipercayai kononnya dapat menjamin kepentingan keselamatan Washington untuk jangka panjang.

Iklan

Beliau juga merupakan penyokong kuat Israel dan memihak tindakan ketenteraan yang diambil pentadbiran Trump ke atas Iran.

Pada 2016, Graham bertanding untuk pencalonan Presiden mewakili Parti Republikan, namun menarik diri sebelum pemilihan awal bermula. Pada awalnya, beliau merupakan pengkritik lantang Trump, namun berubah menjadi antara sekutu paling setia Presiden itu di Kongres.

Iklan

Graham dipilih sebagai senator pada 2002 dan dipilih semula pada 2008, 2014 serta 2020.

Pada 1994, beliau berkhidmat sebagai ahli Dewan Perwakilan mewakili daerah kongres ketiga Carolina Selatan.

Sebelum menceburi bidang politik, Graham menyandang jawatan sebagai peguam Angkatan Tentera Udara AS selama lebih enam tahun.

Pada 1995, beliau menyertai pasukan simpanan Tentera Udara dan berkhidmat selama 20 tahun sebelum bersara dengan pangkat kolonel. - Agensi