JOHOR BAHRU - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Machap, Datuk Onn Hafiz Ghazi mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Johor bagi penggal kedua selepas kejayaan Barisan Nasional (BN) mempertahankan pentadbiran negeri pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ke-16.
Istiadat angkat sumpah itu berlangsung di hadapan Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail di Istana Bukit Serene pada petang Ahad.
Sebelum itu, kenderaan membawa Onn Hafiz memasuki Istana Bukit Serene pada jam 3.41 dan dilihat keluar pada jam 4.40 petang.
Pada pagi Ahad, Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan menerima menghadap Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi di Istana Pasir Pelangi.
Pertemuan yang berlangsung hampir sejam itu turut dihadiri Pengerusi BN Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi.
ARTIKEL BERKAITAN: PRN Johor: 55 calon hilang wang deposit
[RASMI] Keputusan penuh 56 kerusi PRN Johor ke-16
BN menang besar 48 kerusi DUN Johor - SPR
[RASMI] PRN Johor: SPR umum BN menang besar 48 kerusi DUN Johor
Onn Hafiz sebelum ini dilantik sebagai Menteri Besar Johor ke-19 pada 15 Mac 2022 selepas BN memenangi PRN Johor ke-15 dengan kemenangan besar apabila memperoleh 40 daripada 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).
Pada PRN ke-16, Onn Hafiz memperoleh 20,382 undi untuk menewaskan calon Pakatan Harapan (PH), Nur Hafiz Roslan yang meraih 5,007 undi, sekali gus menang dengan majoriti 15,375 undi.