PRN Johor: Empat kerusi dimenangi BN catat majoriti lebih 20,000 undi

Iklan
Pengerusi Barisan Nasional, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi (tengah) bersama Pengerusi Barisan Nasional (BN) Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi (empat dari kanan) serta barisan kepimpinan yang lain selepas keputusan tidak rasmi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ke-16 di Ibu Pejabat Badan Perhubungan UMNO Johor, Johor Bahru. Foto Bernama

SHAH ALAM - Empat kerusi yang ditandingi Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor merekodkan kemenangan dengan majoriti melebihi 20,000 undi.

DUN Permas (N43) merekodkan majoriti terbesar apabila calon BN, Baharudin Mohamed Taib memperoleh 51,274 undi untuk menang dengan majoriti 29,505 undi selepas menewaskan calon Pakatan Harapan (PH), Perikatan Nasional (PN) dan Parti Bersama Malaysia.

Iklan
Iklan

Kemenangan besar turut dicatatkan di DUN N40 apabila Datuk Abdul Halim Suleiman memperoleh 49,965 undi dengan majoriti 28,255 undi, menewaskan calon PH, PN dan Parti Bersama Malaysia.

ARTIKEL BERKAITAN: PRN Johor: 55 calon hilang wang deposit

Iklan

Dua faktor kemenangan BN

[RASMI] Keputusan penuh 56 kerusi PRN Johor ke-16

Iklan

BN menang besar 48 kerusi DUN Johor - SPR

[RASMI] PRN Johor: SPR umum BN menang besar 48 kerusi DUN Johor

Di DUN N49, Datuk Pandak Ahmad meraih 52,892 undi untuk menang dengan majoriti 21,206 undi selepas mengatasi calon PH, PN dan Parti Bersama Malaysia.

Sementara itu, Mohd Hairi Mad Shah mempertahankan DUN N44 apabila memperoleh 33,882 undi dengan majoriti 20,282 undi menewaskan calon PH dan Parti Bersama Malaysia.

Dalam pada itu, DUN N13 muncul sebagai kerusi paling marginal pada PRN Johor apabila calon PH, Ir Ts Nazri menang dengan majoriti hanya 170 undi selepas memperoleh 12,022 undi untuk menewaskan calon BN, PN dan Muda.

ARTIKEL BERKAITAN:

[RASMI] PRN Johor: Maszlee menang DUN Puteri Wangsa

SPR teliti isu muat naik kertas undi sudah dipangkah di media sosial

Anwar ucap tahniah kepada BN, janji Kerajaan Persekutuan terus bantu Johor

[RASMI] PRN Johor: Pas hilang kubu terakhir

PRN Johor: Kekalahan PN sudah dijangka, pengerusi perlu bertanggungjawab letak jawatan

BN turut mempertahankan DUN N51 menerusi R Kumaran yang memperoleh 16,899 undi dengan majoriti 174 undi, mengatasi calon PH, Bebas dan Parti Bersama Malaysia.

Sementara itu, calon PH, Andrew Chen Kah Eng memenangi DUN N45 dengan majoriti 623 undi selepas meraih 17,560 undi bagi menewaskan calon BN, PN dan Parti Bersama Malaysia.

Keputusan itu menunjukkan PRN Johor menyaksikan beberapa kemenangan besar yang memperkukuhkan kedudukan BN selain memperlihatkan persaingan sengit di beberapa kerusi.