Bekas Emir Qatar meninggal dunia

Iklan
Beliau memegang tampuk pemerintahan di Qatar pada 1995 hingga 2013. Foto Agensi

DOHA - Pemerintah Qatar pada Ahad mengumumkan pemergian bekas Emir, Sheikh Hamad Khalif al-Thani pada usia 74 tahun.

Beliau yang memegang tampuk pemerintahan pada 1995 hingga 2013 dianggap sebagai antara tokoh utama yang membentuk Qatar moden dan menerajui negara berkenaan ketika ia mengalami pertumbuhan ekonomi yang pesat.

Iklan
Iklan

Sheikh Hamad mengambil alih tampuk pemerintahan pada Jun 1995 selepas insiden kudeta tanpa pertumpahan darah.

Beliau mewarisi sebuah negara kecil yang ketika itu kurang berpengaruh dengan rizab kewangan yang hampir kosong sebelum mengubahnya menjadi 'pemain penting' di peringkat serantau dan antarabangsa.

Iklan

Sepanjang tempoh pemerintahannya, stesen penyiaran antarabangsa Al Jazeera turut dilancarkan pada 1996 menerusi satu dekri dikeluarkan oleh beliau.

Pada Jun 2013, Sheikh Hamad mengejutkan ramai pihak apabila secara sukarela turun takhta dan menyerahkan pemerintahan kepada anaknya, Sheikh Tamim Hamad Al Thani, satu langkah yang dianggap pertama seumpamanya dalam sejarah moden dunia Arab. - AFP

Iklan