KUALA TERENGGANU – Perikatan Nasional (PN) akan terus istiqamah menjadi suara rakyat walaupun gagal memenangi sebarang kerusi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ke-16 pada Sabtu.
Pengerusinya, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, PN komited untuk terus membawa budaya politik yang matang, berintegriti serta sentiasa mengutamakan kebajikan dan kesejahteraan rakyat.
Menurut beliau, PN menerima keputusan pilihan raya tersebut dengan hati terbuka selain menghormati proses demokrasi yang telah berlangsung.
ARTIKEL BERKAITAN: PRN Johor: 55 calon hilang wang deposit
[RASMI] Keputusan penuh 56 kerusi PRN Johor ke-16
BN menang besar 48 kerusi DUN Johor - SPR
[RASMI] PRN Johor: SPR umum BN menang besar 48 kerusi DUN Johor
Ahmad Samsuri yang juga Naib Presiden Pas turut merakamkan ucapan tahniah dan terima kasih kepada seluruh rakyat Johor yang telah keluar menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi.
Pada masa sama, beliau turut merakamkan penghargaan kepada seluruh jentera parti yang telah bekerja keras sepanjang tempoh berkempen.
"Setinggi-tinggi penghargaan saya rakamkan kepada seluruh jentera PN yang bertungkus-lumus sepanjang tempoh berkempen.
"Pengorbanan masa, tenaga dan komitmen yang dicurahkan menjadi bukti bahawa perjuangan ini digerakkan dengan penuh kesungguhan demi membawa khidmat terbaik kepada rakyat," ujarnya.
ARTIKEL BERKAITAN:
[RASMI] PRN Johor: Maszlee menang DUN Puteri Wangsa
SPR teliti isu muat naik kertas undi sudah dipangkah di media sosial
Anwar ucap tahniah kepada BN, janji Kerajaan Persekutuan terus bantu Johor
[RASMI] PRN Johor: Pas hilang kubu terakhir
PRN Johor: Kekalahan PN sudah dijangka, pengerusi perlu bertanggungjawab letak jawatan
Keputusan rasmi PRN Johor yang diumumkan pada Sabtu menyaksikan Barisan Nasional (BN) berjaya membentuk kerajaan negeri selepas memenangi 48 kerusi, manakala Pakatan Harapan (PH) memperoleh lapan kerusi.
Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Seri Ramlan Harun berkata, seramai 1,874,918 pengundi atau 68.73 peratus telah menunaikan tanggungjawab masing-masing.
Pada pilihan raya itu, PN yang mempertaruhkan calon di 32 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) gagal memenangi sebarang kerusi.
Daripada jumlah keseluruhan kerusi yang ditandingi gabungan itu, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) bertanding di 16 kerusi, diikuti Pas di 11 kerusi, manakala lima lagi ditandingi Parti Rakyat India Malaysia (MIPP).