Scaloni beri Messi kebebasan mutlak

Iklan
Messi sekali lagi bakal mengetuai jentera serangan Argentina menjelang aksi menentang Switzerland di Stadium Kansas City. Foto Agensi

JURULATIH Argentina, Lionel Scaloni terus memberikan Lionel Messi kebebasan mutlak untuk menentukan peranan dan pergerakannya di atas padang, sambil menegaskan La Albiceleste sentiasa bersedia menyesuaikan corak permainan mengikut kapten berusia 39 tahun itu.

Menjelang aksi suku akhir Piala Dunia menentang Switzerland hari ini (9 pagi waktu Malaysia), Scaloni berkata tiada keperluan untuk mengehadkan ruang gerak Messi kerana pemain lain memahami cara memanfaatkan kelebihan legenda itu.

Iklan
Iklan

Menurut Scaloni, Messi sendiri mengetahui kawasan terbaik untuk menerima bola dan mencipta peluang, manakala seluruh pasukan akan menyesuaikan diri mengikut keputusannya di atas padang.

"Pemain memahami apabila dia terlibat dalam binaan serangan dan bergerak ke kawasan tertentu. Dia menentukan apa sahaja yang mahu dilakukan," katanya.

Iklan

Kebebasan itu sekali lagi menyerlah ketika Argentina berdepan Mesir pada pusingan 16 terbaik apabila Messi bergerak lebih ke bahagian kanan ketika pasukannya bangkit daripada ketinggalan dua gol.

Messi kemudian mencipta peluang untuk Cristian Romero menjaringkan gol penyamaan menerusi tandukan sebelum meledak gol sendiri untuk membantu juara bertahan itu melakar kemenangan.

Iklan

Scaloni percaya pengalaman dan naluri Messi masih menjadi aset penting buat Argentina, malah menegaskan pemain itu terus diberi kepercayaan penuh walaupun gagal menyempurnakan dua sepakan penalti sepanjang kejohanan.

"Dia menentukan apa yang mahu dilakukan. Saya tidak pernah terfikir untuk memintanya mengubah cara bermain," katanya.