[TIDAK RASMI] Calon tertua PRN Johor gagal cipta kejutan

Iklan
Chin Eng (kanan) ketika kempen sebelum ini.

SHAH ALAM - Hasrat calon tertua Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ke-16 yang mewakili Perikatan Nasional (PN) di Dewan Undangan Negeri (DUN) Stulang, Lim Chin Eng untuk mencipta kejutan tidak kesampaian.

Chin Eng yang berusia 73 tahun kalah kepada pencabarnya dalam pertandingan empat penjuru melibatkan Andrew Chen Kah Eng (Pakatan Harapan -PH), Bong Seng Heng (Barisan Nasional -BN) dan Stanley Tan (Parti Bersama Malaysia - Bersama).

Iklan
Iklan

Kerusi DUN Stulang dimenangi Andrew mewakili PH.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebelum ini menetapkan 7 Julai sebagai hari pengundian awal dan 11 Julai sebagai hari pengundian.

Iklan
Iklan

Seramai 2,727,926 pengundi layak mengundi pada PRN Johor kali ini, terdiri daripada 2,703,175 pengundi biasa, 12,041 anggota tentera dan pasangan serta 12,710 anggota polis dan pasangan.