[VIDEO] Fenomena air pasang, 300 keluarga dipindahkan ke PPS

Iklan

MELAKA - Keadaan kawasan Taman Rambai Indah dan sekitar dilanda banjir susulan hujan lebat serta fenomena air pasang.

Keadaan banjir melanda Taman Rambai Indah dan sekitarnya susulan hujan lebat dan air pasang pada Sabtu.

Iklan
Iklan

Air banjir dilaporkan mencecah kedalaman sehingga empat kaki di kawasan paling terjejas.

Sehingga jam 7 malam, paras air masih belum menunjukkan tanda-tanda surut berikutan air pasang yang masih tinggi.

Iklan

Mangsa terperangkap dalam banjir dibawa keluar menaiki bot.

Kira-kira 250 hingga 300 keluarga dijangka dipindahkan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Sekolah Kebangsaan (SK) Taman Bukit Rambai pada malam ini.

Iklan