PRN Johor: Lebih 67 peratus keluar undi setakat 5 petang

Iklan
Sebanyak 67.44 peratus atau 1,809,185 daripada lebih 2.6 juta pengundi telah menunaikan tanggungjawab masing-masing pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ke-16, setakat 5 petang ini.Foto Bernama

JOHOR BAHRU - Sebanyak 67.44 peratus atau 1,809,185 daripada lebih 2.6 juta pengundi telah menunaikan tanggungjawab masing-masing pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ke-16, setakat 5 petang ini.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menerusi hantaran di Facebook memaklumkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sri Medan mencatatkan peratus keluar mengundi tertinggi sebanyak 77.2 peratus, diikuti DUN Semarang (76.8 peratus) dan DUN Sedili (74.3 peratus).

Iklan
Iklan

Tiga DUN pula mencatatkan peratusan keluar mengundi terendah iaitu DUN Bekok sebanyak 58.9 peratus, DUN Stulang (60.5 peratus) dan DUN Perling (60.6 peratus).

Sebagai perbandingan, jumlah keluar mengundi bagi tempoh sama pada PRN Johor ke-15 ialah 53.13 peratus atau 1,367,909 daripada lebih 2.57 pengundi.

Iklan

Sebanyak 1,076 pusat mengundi di seluruh negeri akan ditutup tepat 6 petang ini.

Bagi mendapatkan berita terkini PRN Johor ke-16, layari https://prn.bernama.com/johor. - Bernama. 

Iklan