Taufan Bavi landa Taiwan, kerja, kelas ditangguhkan

Iklan
Seorang individu memerhatikan ombak besar yang menghempas pantai ketika Taufan Bavi melintasi perairan timur laut Taiwan di Keelung pada 11 Julai 2026. Foto AFP

TAIWAN - Taufan Bavi, taufan kesembilan tahun ini, tiba di timur laut Taiwan awal pagi Sabtu, mengakibatkan pembatalan penerbangan di Taipei dan Taichung, serta penggantungan kerja dan kelas di kebanyakan kawasan di seluruh pulau itu, lapor Xinhua.

Maklumat terkini menunjukkan angin dan hujan semakin kuat di seluruh Taiwan, dengan laporan kerosakan termasuk bekalan elektrik terputus dan tanah runtuh.

Iklan
Iklan

Pihak berkuasa cuaca berkata, pusat taufan itu terletak di atas perairan kira-kira 360 kilometer (km) tenggara Taipei, bergerak ke arah barat laut pada kelajuan 27 km sejam.

Hujan lebat akan berterusan sepanjang hari, dengan ramalan hujan yang sangat lebat untuk kawasan pergunungan di utara Taichung dan angin kencang di banyak kawasan.

Iklan

Orang ramai digesa mengelak pergi ke pantai kerana ombak tinggi. Hujan dijangka berterusan hingga malam di kawasan pergunungan di tengah dan selatan Taiwan, kata pegawai meteorologi, sambil menambah pada Ahad, hujan di seluruh pulau itu akan beransur reda. - Bernama-Xinhua

 

Iklan