1,000 misil sedia hentam Iran - Trump

Iklan
Kempen serangan dilancarkan AS kononnya untuk mendesak Iran menghentikan bedilan ke atas kapal-kapal komersial yang melalui Selat Hormuz. Foto Agensi

WASHINGTON - Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump sekali lagi melancarkan retorik ugutan untuk mengebom Iran di tengah-tengah ketegangan yang kembali memuncak antara kedua-dua negara.

"1,000 misil telah dikunci dan sedia dilancarkan dengan ribuan lagi akan menyusul sekiranya Teheran cuba melaksanakan ancaman membunuh Presiden AS iaitu saya," menurut catatannya di platform Truth Social pada Jumaat.

Iklan
Iklan

Trump turut menegaskan bahawa beliau telah mengarahkan pihak tentera AS supaya bersiap sedia melancarkan serangan balas sekiranya pembunuhan yang dirancang itu benar-benar berlaku.

"Arahan telah pun dikeluarkan dan tentera AS kini berada dalam keadaan siap siaga sepenuhnya untuk tempoh setahun. Ia tertakluk kepada lanjutan bagi melancarkan operasi yang akan memusnahkan seluruh wilayah Iran," ujarnya lagi.

Iklan

Kenyataan provokasi itu dibuat selepas Trump mendakwa kononnya wujud ancaman daripada Teheran untuk membunuhnya yang telah disuarakan di seluruh pelosok dunia.

Ia dipercayai berdasarkan maklumat risikan yang dikongsi Israel yang mendakwa Iran sedang merancang pembunuhan sekutu kuat mereka itu.

Iklan

Dalam perkembangan berkaitan, ketika Pengebumian Negara, bekas Pemimpin Agung, Ayatollah Ali Khamenei sepanjang minggu lalu, kedengaran laungan terbuka yang menggesa kematian Trump dengan sebahagian besar rakyat mengibarkan bendera merah yang menjadi simbol menuntut bela dan membawa plakad tertera 'Kill Trump' (bunuh Trump), sekali gus mencerminkan sentimen anti-Trump yang semakin memuncak di negara itu. - Agensi