Hotel tiga bintang jadi sarang persundalan warga asing diserbu

Iklan
JIM menahan enam wanita warga asing dalam serbuan di sebuah hotel di Jalan Cheras, Kuala Lumpur pada Sabtu.

KUALA LUMPUR - Aktiviti persundalan dengan menawarkan khidmat wanita warga asing di sebalik hotel tiga bintang di Jalan Cheras di sini dibongkar, pada Sabtu.

Serbuan kira-kira jam 1.05 pagi dijalankan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Kuala Lumpur hasil maklumat dan risikan.

Iklan
Iklan

Ketika serbuan, beberapa wanita asing yang berpakaian seksi dikesan sedang melayan pelanggan di bilik ditetapkan.

Salah sebuah bilik hotel itu juga disyaki dijadikan tempat rehat gadis terbabit sementara menunggu pelanggan.

Iklan

Antara wanita warga Indonesia yang ditahan JIM dalam serbuan di sebuah hotel pada Sabtu.

Difahamkan, kegiatan tidak bermoral itu ditawarkan menerusi aplikasi media sosial dan pelanggan yang berminat perlu membayar sekitar RM200 hingga RM230 sebelum diuruskan seorang lelaki tempatan disyaki berperanan sebagai 'kapten'.

Iklan

Seorang gadis Indonesia dikenali sebagai Aqis, 21, mendakwa, dia berada di Malaysia sejak April lalu dan masuk ke negara ini sebagai pelancong.

"Kawan yang beritahu saya kerja di sini. Sehari biasanya seorang sahaja pelanggan.

"Komisen saya dapat kira-kira RM100 bagi setiap pelanggan...tolonglah cik, saya tak tahu. Saya sudah bercadang mahu pulang (kampung)," katanya.

JIM menahan enam wanita warga asing dalam serbuan di sebuah hotel di Jalan Cheras, Kuala Lumpur pada Sabtu.

Seorang wanita tempatan yang bekerja di kaunter hotel terbabit pula mendakwa mengetahui terdapat aktiviti persundalan terbabit, namun enggan mengulas lanjut.

"Saya kerja sini sudah setahun..ya sudah ada mereka (tawaran seks) ini," ujarnya.

Sementara itu, Pengarah Imigresen Kuala Lumpur, Hamsha Injau berkata, seramai lapan individu ditahan, iaitu enam wanita dan dua lelaki.

"Semakan mendapati wanita terbabit terdiri daripada lima warga Indonesia dan seorang warga Thailand, manakala dua lelaki itu ialah seorang lelaki tempatan yang disyaki berperanan sebagai 'kapten' serta seorang warga Nepal yang bekerja di hotel berkenaan," ujarnya.

Pemeriksaan di bilik hotel menemui beberapa keping kondom disyaki digunakan dalam aktiviti tidak bermoral.

Katanya, antara kesalahan warga asing terbabit ialah tinggal lebih masa dan menyalahgunakan pas.

Menurutnya, JIM Kuala Lumpur menegaskan bahawa tindakan penguatkuasaan akan diteruskan tanpa kompromi terhadap mana-mana pihak yang melanggar undang-undang imigresen.