Gigit jari kaki setiap hari, suami kembali sedar selepas 7 tahun

Iklan
Doktor menyarankan Mei supaya merangsang jari tangan dan jari kaki bagi membantu pemulihan saraf suaminya. - Foto Agensi

BEIJING - Seorang wanita di China membantu suaminya keluar daripada keadaan vegetatif dengan kaedah luar biasa iaitu menggigit jari kaki suaminya bagi merangsang saraf.

Usaha itu akhirnya membuahkan hasil apabila suaminya, Zhao Jinqian kembali sedar dan berbisik kepada Song Mei, dengan berkata, 'saya sayang awak.'

Iklan
Iklan

Menurut South China Morning Post, Jingqian mengalami kerosakan otak yang teruk selepas terselamat dalam insiden terjatuh dari ketinggian enam meter ketika menyelamatkan seorang kanak-kanak berusia tiga tahun di wilayah Henan pada Oktober 2019.

Dia mengalami kecederaan otak yang serius akibat hentakan kepala yang kuat selain patah beberapa tulang dan kerosakan pada paru-paru.

Iklan

Jingqian bernasib baik kerana masih hidup, namun peluangnya untuk kembali sedar amat tipis.

Kos rawatan yang tinggi turut menghabiskan sebahagian besar simpanan keluarga mereka yang sebelum itu menjalani kehidupan sederhana bersama dua orang anak.

Iklan

Mei, 45, juga terpaksa berhenti kerja sebagai guru seni di sebuah tadika bagi menjaga suaminya sepenuh masa. Bagi menyara keluarga, dia menjual hasil lukisannya secara dalam talian.

Setiap hari, wanita cekal itu membersihkan dan mengurut tubuh suaminya dan berbual dengannya.

Selama beberapa tahun, dia hanya tidur kurang daripada empat jam pada setiap malam.

Doktor menyarankan Mei supaya merangsang jari tangan dan jari kaki bagi membantu pemulihan saraf suaminya.

Sejak itu, dia membungkus kaki suaminya dengan beg plastik makanan sebelum menggigit setiap hari selama beberapa tahun.

Amalan itulah yang akhirnya membantu Jinqian kembali sedar selepas hampir tujuh tahun tidak berputus asa. Pada 30 Jun lalu, lelaki itu akhirnya membuka mata. - Agensi