Soalan
Apakah hukum meminta sedekah atau infak daripada orang ramai? Apakah Islam membenarkan perbuatan meminta-minta ini?
Iklan
Iklan
Jawapan
Hukum meminta sedekah atau infak boleh dikategorikan kepada tiga iaitu makruh, haram dan harus.
1 - Makruh apabila anak dan isteri kelaparan dan tiada wang untuk membeli makanan.
2 - Haram meminta sedekah apabila dia mempunyai wang yang cukup untuk keperluannya.
3 - Harus meminta sumbangan bukan untuk keperluan dirinya seperti sumbangan untuk pembangunan surau, masjid, tandas, kegunaan orang ramai dan sebagainya.