Amaran ribut petir di 6 enam negeri, Labuan

Iklan
MetMalaysia mengeluarkan amaran ribut petir bagi enam negeri dan Wilayah Persekutuan Labuan sehingga 2 petang ini. Foto hiasan

KUALA LUMPUR - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir bagi enam negeri dan Wilayah Persekutuan Labuan sehingga 2 petang ini.

Menurut kenyataan MetMalaysia hari ini, ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka melanda Perak (Kerian, Bagan Datuk dan Hilir Perak) dan Selangor (Sabak Bernam dan Kuala Selangor).

Iklan
Iklan

Cuaca sama dijangka melanda Negeri Sembilan (Jempol dan Tampin), Melaka (Alor Gajah dan Jasin) dan Johor (Kota Tinggi).

Sementara itu di Sabah, kawasan yang diramal terjejas ialah Pedalaman (Kuala Penyu dan Beaufort), Pantai Barat (Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran dan Kota Belud) serta Kudat. - Bernama

Iklan

 

 

 

Iklan