Maghribi pertikai gol Mbappe

Iklan
Beberapa pemain Maghribi dilihat memberhentikan permainan kerana mendakwa berlaku situasi handball dalam gerakan yang membawa kepada gol Mbappe. Foto Agensi

GOL pembukaan Kylian Mbappe ketika membantu Perancis menyingkirkan Maghribi di suku akhir Piala Dunia 2026 mencetuskan perdebatan selepas skuad Singa Atlas mendakwa berlaku insiden bola terkena tangan sebelum jaringan tersebut.

Ketua jurulatih Maghribi, Mohamed Ouahbi menegaskan beberapa pemainnya berhenti beraksi kerana menyedari berlaku situasi handball dalam gerakan yang membawa kepada gol Perancis.

Iklan
Iklan

"Saya tidak tahu sama ada ia sepatutnya diberikan sebagai kesalahan atau tidak, saya tidak pasti," kata Ouahbi.

Bagaimanapun, Ouahbi mengakui jaringan itu tetap hadir menerusi aksi individu Mbappe yang berjaya melepasi kawalan pertahanan sebelum meledak gol.

Iklan

Kontroversi itu turut mengundang reaksi peminat bola sepak yang mempersoalkan sama ada keputusan sama akan menerima reaksi berbeza jika ia melibatkan pasukan berprofil tinggi seperti Argentina.

Namun, penganalisis pengadil, Juan Guzmán menjelaskan insiden tersebut tidak sepatutnya dikenakan hukuman kerana sentuhan berlaku secara tidak sengaja, tiada kaitan terus dengan jaringan dan penguasaan bola berubah sebelum gol terhasil.

Iklan

Menurutnya, keputusan membenarkan jaringan Perancis adalah tepat berdasarkan undang-undang permainan.