Saya bantu semua negeri tanpa 'pilih bulu' - Anwar

Iklan
Perdana Menteri merangkap Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Datuk Seri Anwar Ibrahim berucap pada program Yok! Meriahkan Johor! Undi Harapan di Banang Jaya, Batu Pahat pada Khamis. Foto Bernama.

BATU PAHAT - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan beliau tidak pernah 'memilih bulu' untuk menyalurkan bantuan kepada negeri-negeri, termasuk yang dipimpin pembangkang, kerana keutamaan kerajaan adalah menjaga kebajikan rakyat.

Anwar yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) berkata, kerajaan Persekutuan menyalurkan peruntukan berbilion ringgit bagi projek tebatan banjir di Johor dan turut melaksanakan pendekatan sama di Kelantan meskipun negeri itu tidak menyokong kerajaan pimpinannya.

Iklan
Iklan

“Di Johor kita beri berbilion ringgit untuk projek tebatan banjir dan projek itu sudah bermula.

“Di Kelantan pun sama walaupun mereka tidak menyokong saya, tetapi kita bantu kerana rakyat susah.

Iklan

ARTIKEL BERKAITAN: 'Kalah atau menang PRN Johor, saya tetap Perdana Menteri'

DAP tidak pernah pertikai hak Melayu, kerajaan adil pada semua kaum - PM

Iklan

Albert Tei mahu lawan Anthony Loke di PRN Negeri Sembilan

'Jangan terkejut apa PH akan tawarkan kepada rakyat Johor'

PH kini antagonis nombor satu PRN Johor?

PH tawar agenda pembangunan mampan, gilap potensi Johor - Amirudin

PKR serah senarai calon bagi PRN Negeri Sembilan - Aminuddin

Nak bertanding di Negeri Sembilan, Anthony ingatkan Albert tukar alamat dahulu

“Sebab apa? Di sana ramai orang Melayu yang memerlukan pertolongan, jadi kita luluskan juga projek tebatan banjir,” katanya ketika berucap pada ceramah 'Yok! Meriahkan Johor! Undi Harapan' di Banang Jaya di sini pada Khamis.

Turut hadir Pengarah Komunikasi PH, Datuk Fahmi Fadzil serta calon-calon PH bagi DUN Penggaram, Senggarang, Semerah dan Rengit.

Justeru, Anwar mengingatkan pengundi menggunakan peluang sebaik mungkin pada Pilihan Raya Negeri (PRN) demi masa depan anak-anak serta cucu.

“Kita mahu generasi ini lebih daripada kita. Kita tuntut perubahan agar negeri (Johor) lebih baik,” katanya.

Katanya lagi, sesebuah negara menjadi aman ada di mana pemimpin tidak mengetepi semua kaum.

“Negara kalau mahu aman dan maju, kita jaga semua...Melayu, Cina, India. Tak boleh gaduh lagi dah.

“Apa yang mereka buat selama 70 tahun? Tapi datang pilihan raya, mahu minta sokongan dengan Melayu, maruah Melayu..jaga Melayu,” katanya.