MERSING - Malaysia perlu mengambil tindakan undang-undang dan diplomatik yang tegas terhadap Norway, susulan tindakan negara Scandinavia itu membatalkan lesen eksport peluru berpandu antikapal NSM.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, langkah itu disifatkan sebagai tidak beretika, memandangkan perolehan dibuat melalui tender terbuka dan telah melalui kajian spesifikasi yang terperinci.