Tinggikan tembok tanpa persetujuan jiran

Iklan
MINTALAH izin terlebih dahulu daripada jiran sebelum meninggikan tembok yang berkongsi dinding. Foto Canva

Soalan

Saya tinggal di rumah teres yang dindingnya berkongsi dengan jiran di sebelah kiri dan kanan. Sekiranya ingin meninggikan tembok di kiri dan kanan, apakah saya perlu mendapatkan persetujuan daripada kedua-dua jiran terlebih dahulu?

Iklan
Iklan

Jawapan

Secara umumnya hukum meninggikan tembok yang berkongsi dinding dengan jiran (tembok bersama) seperti rumah teres wajib mendapat keizinan jiran terlebih dahulu kerana dikhuatiri ia boleh menyebabkan kezaliman terhadap mereka.

Iklan

Kewujudan tembok tinggi yang kita bina dibimbangi boleh menyebabkan mereka terhalang daripada mendapat angin atau cahaya.

Ia dikategorikan sebagai perkongsian hak dan tindakan mengubah atau meninggikan tembok boleh melemahkan struktur dinding, menyebabkan ia retak, menghalang pengudaraan atau cahaya dan menjejaskan privasi atau keselamatan jiran, maka ia dihukumkan haram kerana ia boleh memudaratkan jiran.

Iklan

Adapun jika tembok itu milik sendiri dan bukan milik bersama seperti tembok untuk rumah banglo dan ia berada sepenuhnya dalam lot tanah sendiri, pada asasnya pemilik berhak mengubahsuaikannya.

Namun dia tetap terikat dengan adab-adab berjiran iaitu selagi ia tidak mengganggu jiran dan tidak menyebabkan kerosakan selain mematuhi undang-undang pihak berkuasa tempatan.

Namun jika tembok itu sepenuhnya berada di atas tanah kita, amatlah wajar untuk memberitahu mereka sebagai adab dalam hidup berjiran.