KUANTAN- Bomba mengambil masa hampir sejam bagi memadam kebakaran di sebuah stesen minyak di Jalan Sultan Abdullah di sini pada awal pagi Khamis.
Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Zulfadli Zakaria berkata, kebakaran hanya melibatkan kedai dalam stesen minyak tersebut.
Iklan
Iklan
Menurutnya, kedai terbabit musnah sepenuhnya bagaimanapun tidak melibatkan sebarang mangsa.
"Bomba menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian jam 3.54 pagi sebelum sepesukan anggota bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuantan ke lokasi yang berada empat kilometer dari balai untuk operasi pemadaman.
"Operasi pemadaman menggunakan tiga aliran hos salur bantu mula air tangki pam jentera bomba," katanya.
Zulfadli berkata, operasi turut dibantu anggota dan jentera dari BBP Indera Mahkota.
"Punca kebakaran dan nilai kerugian masih dalam siasatan," katanya.