Iran dakwa serangan AS sasar pusat pemantauan pesisiran

Iklan
Iran dan AS mencapai memorandum persefahaman pada 17 Jun yang bertujuan menamatkan konflik antara kedua-dua negara serta mencapai perjanjian damai yang berkekalan.

ISTANBUL - Iran pada Rabu mendakwa gelombang terbaharu serangan tentera Amerika Syarikat (AS) menyasarkan beberapa pusat pemantauan dan pengawasan di sepanjang pesisir selatan negara itu, sambil menuduh Washington melanggar undang-undang antarabangsa serta perjanjian gencatan senjata, lapor Anadolu Ajansi (AA).

Dalam satu kenyataan, Kementerian Luar Iran memaklumkan bahawa tentera AS melancarkan serangan pada awal pagi Rabu terhadap beberapa kemudahan pemantauan dan pengawasan di pesisir selatan Iran.

Iklan
Iklan

ARTIKEL BERKAITAN: AS serang Iran, Teheran ancam tindak balas

AS dakwa musnahkan lebih 80 sasaran ketenteraan Iran

Iklan

Semua pangkalan AS 'sasaran sah' jika terus langgar gencatan senjata - Iran

Kementerian itu turut menuduh Washington melanggar Artikel 1 perjanjian gencatan senjata antara kedua-dua negara yang menurutnya menetapkan supaya semua operasi ketenteraan dihentikan.

Iklan

Iran dan AS mencapai memorandum persefahaman pada 17 Jun yang bertujuan menamatkan konflik antara kedua-dua negara serta mencapai perjanjian damai yang berkekalan.

Dalam perkembangan berasingan, penyiar rasmi Iran, IRIB melaporkan bahawa seorang anggota Tentera Laut Kor Pengawal Revolusi Islam (IRGC) terbunuh dalam serangan AS di Bandar Mahshahr.

Pejabat Perhubungan Awam Zon Tentera Laut Ketiga Kor Basij Imam Hussein di Bandar Mahshahr mengenal pasti mangsa sebagai anggota Basij yang ditugaskan di unit berkenaan dan memaklumkan beliau terbunuh ketika berdepan dron musuh pada awal pagi Rabu.

Sementara itu, tentera AS memaklumkan bahawa mereka melancarkan satu lagi gelombang serangan terhadap Iran dengan menyasarkan lebih 80 sasaran sebagai tindak balas terhadap serangan Iran ke atas kapal-kapal komersial yang melalui Selat Hormuz.

Komando Pusat AS (CENTCOM) berkata serangan itu dilancarkan"sebagai tindak balas segera terhadap serangan Iran ke atas kapal-kapal komersial yang melalui Selat Hormuz." - Bernama