Fenomena 'Onn tak Onn' real, cerminan penerimaan rakyat Johor - Asyraf Wajdi
Iklan
Asyraf Wajdi (tiga dari kiri) ketika hadir pada Program Himpunan Usahawan Mara Johor, pada Rabu.
JOHOR BAHRU – [DIKEMAS KINI] Barisan Nasional (BN) yakin penerimaan rakyat terhadap pentadbiran kerajaan negeri menjadi antara kekuatan utama parti itu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ini.
Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, fenomena ‘Onn tak Onn’ sepanjang kempen PRN Johor mencerminkan penilaian rakyat terhadap prestasi kerajaan negeri sepanjang tempoh pentadbiran sebelum ini.
Iklan
Iklan
"Fenomena 'Onn tak Onn' ini sebenarnya 'real' maknanya orang tahu bahawa MB (Datuk Onn Hafiz Ghazi sebagai Menteri Besar Johor) dengan barisan Exco yang rata-ratanya dua per tiga ada di bawah 45 tahun, semangat kerjanya luar biasa.
"Kempen kita mudah, 'jangan janji, lihat bukti' Itu yang paling utama bagi saya," katanya kepada pemberita selepas selasai merasmikan Program Himpunan Usahawan Mara Johor di sini pada Rabu.
Iklan
Dalam pada itu, beliau menggesa semua pengundi keluar menunaikan tanggungjawab pada hari pengundian.
Katanya, mandat yang dimohon kerajaan negeri bukan didorong kepentingan individu, sebaliknya bagi membolehkan agenda pembangunan Johor 2026-2030 diteruskan.
Iklan
"Harapannya kita minta supaya semua pengundi keluarlah beramai-ramai. Jalankan tanggungjawab dan amanah yang penting kita nak maju ke hadapan. Agenda yang ditawarkan oleh MB jelas.
"Kenapa dia berikan mandat kepada rakyat? bukan kerana nak bebaskan sesiapa, bukan kerana tamak, angkuh, sombong tetapi kerana dia meletakkan agenda besar. Kalau nak maju Johor 2026-2030 kita kena bertanggungjawab serahkan mandat ini kepada rakyat.
"Biar rakyat yang menentukan. Kalau mereka nak dan mereka bersedia untuk menerima gagasan ini, mereka undilah Barisan Nasional," katanya.
Sementara itu, mengulas mengenai penyertaan calon Parti Bersama Malaysia (Bersama) di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) milik UMNO pada PRN Johor kali ini, beliau yakin BN Johor mempunyai kekuatan tersendiri.
"Rakyat Johor sebenarnya mereka dah lama dengan Barisan Nasional dan mereka pernah cuba untuk dapatkan nak rasa macam mana kerajaan di bawah parti lain dan akhirnya mereka kembali kepada Barisan Nasional pada 2022," katanya.
Perikatan Nasional (PN) menubuhkan pasukan perundangan bagi meneliti tindakan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) yang menggantung semua kegiatan gabungan itu, lapor wartawan Sinar Harian, Adila Sharinni Wahid.
Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, pasukan berkenaan sedang meneliti tindakan yang sesuai dari sudut perundangan termasuk kemungkinan memohon injunksi atau pengisytiharan bahawa keputusan berkenaan tidak sah.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/797938/berita/politik/pn-tubuh-pasukan-perundangan-teliti-tindakan-ros
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.