KUALA LUMPUR - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir di beberapa negeri di Semenanjung, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan sehingga 12 tengah hari ini.
MetMalaysia dalam kenyataan memaklumkan kawasan yang dijangka mengalami ribut petir, hujan lebat dan angin kencang ialah Kedah melibatkan Kuala Muda, Baling, Kulim dan Bandar Baharu serta seluruh Pulau Pinang.
Iklan
Iklan
Di Perak, kawasan terlibat ialah Kerian, Larut, Matang dan Selama, Manjung serta Bagan Datuk selain Rompin di Pahang.
Amaran sama dikeluarkan bagi Jempol dan Tampin di Negeri Sembilan, seluruh Melaka serta beberapa daerah di Johor, iaitu Tangkak, Segamat, Muar, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru.
Di Sarawak, kawasan terlibat ialah Tatau dan Bintulu di Bahagian Bintulu serta Subis, Miri dan Marudi di Bahagian Miri.
MetMalaysia menasihati orang ramai supaya sentiasa peka dengan perubahan cuaca dan mendapatkan maklumat terkini melalui saluran rasmi jabatan. - Bernama