WASHINGTON - [KEMAS KINI] Tentera Amerika Syarikat (AS) mengesahkan pihaknya melancarkan siri serangan baharu terhadap sasaran di Iran sebagai tindak balas terhadap serangan yang didakwa dilakukan Tehran ke atas tiga kapal dagang di Selat Hormuz.
Dalam kenyataan yang dimuat naik di platform X, Pemerintah Pusat Tentera AS (CENTCOM) berkata operasi itu bertujuan memberikan tindak balas tegas terhadap Iran susulan dakwaan negara itu menyasarkan kapal-kapal perdagangan yang melalui laluan perairan antarabangsa.