El Nino: Tujuh empangan Selangor mampu bertahan enam bulan

Iklan
Jamaliah

SHAH ALAM - Tujuh empangan di Selangor mampu melebihi kapasiti 75 peratus dengan jangka hayatnya dianggarkan antara tiga hingga enam bulan.

Exco Kesihatan dan Alam Sekitar Negeri, Jamaliah Jamaluddin berkata, negara kini memasuki kemuncak Monsun Barat Daya (MBD) yang dijangka berlarutan hingga September depan.

Iklan
Iklan

Menurut beliau, kadar taburan hujan di Selangor kini lebih rendah berikutan keadaan angin membawa udara lebih kering sekali gus menyebabkan peningkatan bilangan hari tanpa hujan.

"Melihat kepada potensi tekanan kepada sumber air negeri, Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) dan agensi berkaitan menggerakkan pelbagai langkah kesiapsiagaan sepanjang tempoh cuaca kering ini," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Iklan

Beliau menjelaskan, kapasiti tujuh empangan di Selangor sehingga Julai lalu berada pada tahap baik, selain paras air dijangka kekal stabil dalam beberapa bulan menerusi kawalan pelepasannya

Menurut Jamaliah, lebih 140 kolam sumber air alternatif dan beberapa bekas lombong di bawah Selangor Off River Storage Scheme (SORSS) dikenal pasti mengikut lembangan sungai untuk dinaik taraf bagi infrastruktur bekalan air.

Iklan

"Pelaksanaan SORSS membolehkan penggunaan sumber air alternatif dioptimumkan dengan keupayaan bekalan sehingga tiga bulan melalui pengepaman air kolam ke sungai menggunakan pam mudah alih," tambah beliau.

Jamaliah memberitahu, kesediaan sumber air negeri keseluruhannya dianggarkan mampu bertahan sehingga sembilan bulan bagi menghadapi El Nino dan Monsun Barat Daya.

"Buat masa ini, terdapat tiga telaga air bumi yang dibina di kawasan Hulu Selangor bagi kegunaan khususnya ketika musim kering.

"Jika kapasiti air empangan menurun ke tahap 50 peratus, operasi pembenihan awan (OPA) di Selangor akan dilaksanakan bagi meningkatkan kapasitinya," jelas beliau.