Amaran ribut petir di lebih sembilan negeri

Iklan
Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka melanda beberapa kawasan di sembilan negeri.

KUALA LUMPUR - Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka melanda sembilan negeri serta Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya hingga 6 petang ini.

Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini, negeri yang terlibat ialah Johor, Negeri Sembilan dan Perak (Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta, Kampar, Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim).

Iklan
Iklan

Cuaca sama turut dijangka di Kelantan (Tumpat, Pasir Mas, Jeli, Tanah Merah, Kuala Krai dan Gua Musang), Terengganu (Setiu, Kuala Nerus, Kuala Terengganu, Marang, Dungun dan Kemaman), Pahang (Tanah Tinggi Cameron, Bentong, Temerloh, Kuantan, Bera, Pekan dan Rompin), serta Selangor (Sabak Bernam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Gombak, Petaling, Hulu Langat dan Sepang).

Di Sarawak, kawasan terjejas ialah Kuching, Sarikei (Julau), Sibu (Kanowit), Mukah (Mukah), Kapit (Song), Bintulu (Bintulu dan Sebauh), Miri (Subis, Beluru, Miri dan Marudi) dan Limbang.

Iklan
Iklan

Bagi Sabah pula, kawasan terlibat ialah Pedalaman (Sipitang, Tenom, Beaufort, Nabawan, Keningau dan Tambunan), Pantai Barat (Papar, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran dan Ranau) dan Sandakan (Tongod, Telupid, Beluran dan Sandakan).- Bernama