PRN Johor: 4,257 anggota polis sudah mengundi awal

Iklan
Ab Rahaman mengundi di Dewan Pasukan Simpanan Persekutuan (PSP) No 2 di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor pada Selasa.

JOHOR BAHRU - [DIKEMAS KINI] Seramai 4,257 atau 36.3 peratus anggota dan pegawai polis di seluruh Johor telah menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi awal setakat jam 10.30 pagi pada Selasa.

Ketua Polis Johor, Datuk Ab Rahaman Arsad berkata, setakat ini proses pengundian awal berjalan lancar dan pihaknya tidak menerima sebarang aduan berkaitan insiden yang berlaku.

Iklan
Iklan

“Kenyataan rasmi termasuk statistik anggota dan pegawai Polis Kontinjen Johor yang keluar mengundi akan dikeluarkan pada jam 5 petang ini selepas semua pusat mengundi awal ditutup.

“Kita juga akan mengeluarkan jumlah kes yang dilaporkan membabitkan kesalahan semasa berkempen sejak hari penamaan calon pada 27 Jun lalu hingga semalam,” katanya.

Iklan

Anggota PDRM hadir bagi menunaikan tanggungjawab pada proses pengundian awal sempena PRN Johor ke-16 di Dewan Dato Onn, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor, hari ini. Foto: Bernama

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas selesai mengundi di Dewan Pasukan Simpanan Persekutuan (PSP) No. 2, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor, di sini pada Selasa.

Iklan

Menurutnya, antara kesalahan kempen yang paling banyak dilaporkan ialah perbuatan khianat.

Di pusat pengundian awal itu, seramai 1,338 pegawai dan anggota akan menunaikan tanggungjawab mengundi bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Stulang.