Suami isteri maut dalam nahas dua kenderaan

Iklan
Pasukan bomba menyelamatkan mangsa yang tersepit dalam nahas dua kenderaan berhampiran Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Benta pada Selasa. Foto Bomba Pahang

LIPIS – Sepasang suami isteri maut selepas kereta yang dinaiki mereka terlibat dalam kemalangan dengan sebuah kenderaan pacuan empat roda di jalan berhampiran Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Benta di sini pada Selasa.

Dalam kejadian itu, mangsa yang maut dikenali sebagai Mohd Khair Zainudin, 55, dan isterinya, Norzaili Khalil, 49, dan kedua-dua mereka menaiki kereta jenis Proton Persona.

Iklan
Iklan

Penolong Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Mohd Salahuddin Isa berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu sebelum jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Lipis tiba di lokasi pada jam 6.32 pagi.

"Sebaik tiba, pihak kami mendapati terdapaf seorang mangsa dari Proton Pesona meninggal dunia di luar kenderaan manakala seorang lagi mangsa maut selepas tersepit.

Iklan

"Dua individu yang menaiki Toyota Hilux pula mengalami kecederaan dan telah dihantar ke hospital sebelum ketibaan pasukan bomba," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Keadaan kereta yang dinaiki pasangan suami isteri yang maut dalam nahas dua kenderaan berhampiran Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Benta pada Selasa. Foto Bomba Pahang

Iklan

Beliau berkata, pasukan bomba menjalankan operasi mengeluarkan mangsa yang tersepit menggunakan peralatan menyelamat khas.

Katanya, mangsa disahkan meninggal dunia oleh pihak Kementerian Kesihatan (KKM) sebelum diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.