PRN Johor: Anggota polis patah kaki bersemangat mengundi

Iklan
Sarjan Shahrizal yang mengalami kecederaan sehingga kaki kanannya bersimen, tetap hadir mengundi pada di Dewan PSP No. 2, IPK Johor, Johor Bahru pada Selasa.

JOHOR BAHRU - Anggota polis yang kaki kanannya bersimen dan terpaksa duduk di kerusi roda, tetap bersemangat menunaikan tanggungjawab mengundi bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor

Sarjan Shahrizal Musa, 40, dari Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA), Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor itu berkata, beliau masih dalam tempoh cuti sakit selama dua minggu.

Iklan
Iklan

"Saya cedera di bahagian 'achilles tendon' (urat keting) yang koyak kerana bermain sepak takraw minggu lalu.

"Nak tak nak, memang kena pergi juga mengundi. Ini pertama kali saya mengundi dalam keadaan begini.

Iklan

"Tak mengapa, yang penting tanggungjawab mengundi itu tetap saya laksanakan," katanya ketika ditemui selepas selesai mengundi pada Hari Undi Awal di pusat pengundian awal, Dewan Pasukan Simpanan Persekutuan (PSP) No 2, IPK Johor, di sini pada Selasa.

Shahrizal yang tinggal di kuarters polis di Taman Kenanga, Tampoi, hadir dibawa rakannya untuk mengundi seawal jam 8 pagi.

Iklan

Beliau yang sudah berkhidmat dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) selama 23 tahun itu berkata, beliau tidak pernah terlepas mengundi setiap kali tiba pilihan raya.

Shahrizal yang berasal dari Seri Iskandar, Perak merupakan pemain Sepak Takraw mewakili Kontinjen Johor sejak dipindahkan ke Kontinjen Johor sejak 2005.