KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan penerapan nilai kenegaraan perlu terus diperkukuh bagi melahirkan insan yang berjati diri, berintegriti dan berpegang kepada nilai-nilai murni demi mengangkat martabat Malaysia.
Beliau berkata, usaha itu penting bagi menyemai semangat cintakan negara menerusi pembentukan masyarakat yang berteraskan nilai kenegaraan.