Gempa bumi sederhana landa Mindanao, Filipina

Iklan
Satu gempa bumi sederhana bermagnitud 5.7 melanda wilayah Mindanao, Filipina pada Isnin.

KUALA LUMPUR - Satu gempa bumi sederhana bermagnitud 5.7 melanda wilayah Mindanao, Filipina, pada 4.11 petang tadi.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam kenyataan memaklumkan, gempa bumi itu berlaku pada kedalaman 10 kilometer (km), 171 km selatan dari Koronadal City.

Iklan
Iklan

Bagaimanapun, tiada ancaman tsunami kepada Malaysia. - Bernama