Kes tikam pelajar: Suasana sekolah tenang

Iklan
Suasana tenang hadapan sebuah sekolah di Banting susulan insiden seorang pelajar cedera ditikam pada Isnin.

KUALA LANGAT - Suasana sebuah sekolah menengah di sini berada dalam keadaan tenang susulan insiden seorang pelajar cedera ditikam pada Isnin.

Tinjauan Sinar Harian bermula jam 2.30 petang mendapati urusan keluar masuk pelajar berjalan seperti biasa.

Iklan
Iklan

Keadaan luar kawasan sekolah juga dipenuhi kenderaan ibu bapa yang mengambil anak pulang dari sekolah, malah kawasan pondok juga dipenuhi pelajar sekolah.

Seorang wanita yang juga ibu kepada pelajar sekolah terbabit memaklumkan dia terkejut apabila mengetahui insiden itu.

Iklan

"Siapa yang harus dipersalahkan?," katanya ketika ditemui di pekarangan sekolah di sini pada Isnin.

keadaan hadapan sebuah sekolah di Banting susulan insiden seorang pelajar cedera ditikam pada Isnin.

Iklan

Sementara itu, seorang pelajar Tingkatan Lima sekolah terbabit memaklumkan dia mendengar bunyi kekecohan ketika sedang menjawab peperiksaan.

"Masa itu tengah jawab 'trial'. Tak lama lepas habis ujian itu kami terus tengok apa yang berlaku di bawah (sekolah).

Sebelum itu, kejadian kira-kira jam 9.30 pagi, seorang pelajar Tingkatan Tiga berusia 15 tahun cedera ditikam di beberapa bahagian badan dalam insiden yang mengejutkan warga sekolah.

Suspek dipercayai memasuki kawasan kantin melalui laluan dari arah surau sebelum kejadian berlaku.

Difahamkan, suspek yang juga berusia 15 tahun, dilaporkan tidak hadir ke sekolah sejak beberapa bulan lalu dan sedang menjalani rawatan kesihatan.

Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar dilaporkan berkata, suspek kes terbabit telah ditahan untuk siasatan lanjut.

Kes disiasat di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan.