Tengku Zafrul tidak tahu asal usul 54 syarikat Jana Wibawa dicadang Muhyiddin

Iklan
Tengku Zafrul hadir memberi keterangan dalam perbicaraan kes rasuah dan pengubahan wang haram melibatkan Tan Sri Muhyiddin Yassin di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Isnin. - FOTO: Bernama Tengku Zafrul, 53, yang merupakan saksi pendakwaan ke-11 tiba di kompleks mahkamah pada 8.30 pagi. -- fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA

KUALA LUMPUR – Bekas Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz memberitahu Mahkamah Tinggi di sini pada Isnin bahawa beliau tidak mengetahui kaedah Pejabat Perdana Menteri (PMO) menilai dan memilih 54 syarikat yang dicadangkan bagi pelaksanaan projek di bawah Program Jana Wibawa.

Beliau yang juga saksi pendakwaan ke-11 berkata demikian dalam perbicaraan empat kes salah guna kedudukan untuk suapan berjumlah RM225.3 juta dan tiga pengubahan wang haram (AMLA) sebanyak RM200 juta dihadapi Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Iklan
Iklan

Sebaliknya, Pengerusi Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) berusia 53 tahun itu berkata, ia disenaraikan sendiri oleh Muhyiddin menerusi surat bertarikh 13 November 2020.

Menurutnya, surat berkenaan adalah cadangan pelantikan 54 kontraktor pelaksana bagi 54 projek di bawah Program Jana Ekonomi Pemerkasaan Kontraktor Bumiputera Berwibawa (Jana Wibawa) secara rundingan terus.

Iklan

“Pada hari sama Mesyuarat Jemaah Menteri meluluskan memorandum berkaitan Pelan Tindakan Perolehan Kerajaan iaitu 13 November 2020, saya menerima surat daripada Tan Sri Muhyiddin selaku Perdana Menteri ketika itu berhubung cadangan pelantikan 54 kontraktor bagi 54 projek di bawah program itu.

“Berdasarkan surat itu, terdapat lampiran yang menyenaraikan tajuk perolehan, nilai perolehan dan cadangan kontraktor bagi setiap projek,” katanya ketika membaca pernyataan saksi.

Iklan

AKAN MENYUSUL