PRN Johor: Akaun WhatsApp palsu guna identiti calon PH dikesan

Iklan
Fahmi

BATU PAHAT – Kementerian Komunikasi menerima satu aduan berhubung penyalahgunaan aplikasi media sosial selepas seorang calon Pakatan Harapan (PH) menjadi mangsa penyamaran menerusi akaun WhatsApp palsu yang menggunakan identitinya sepanjang kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil berkata, akaun WhatsApp palsu itu diwujudkan sehingga mesej yang disebarkan dipercayai seolah-olah dihantar oleh calon berkenaan.

Iklan
Iklan

"Setakat ini, kita menerima satu aduan berkaitan penyalahgunaan media sosial membabitkan seorang calon PH yang identitinya digunakan untuk mewujudkan akaun WhatsApp palsu.

Beliau berkata demikian selepas mengadakan ziarah kasih di Parit Sulong sempena Program Strategik Kementerian Komunikasi di Negeri Johor pada Ahad.

Iklan

Fahmi (kiri) melawat penduduk di Parit Maimon sempena Ziarah Kasih Kementerian Komunikasi pada Ahad.

Fahmi berkata, suasana kempen ketika ini memperlihatkan terdapat segelintir netizen yang menggunakan platform digital secara toksik, namun pada masa sama ramai juga yang berkempen secara matang dan berhemah.

Iklan

"Saya lihat kedua-dua keadaan itu berlaku. Ada netizen di sesetengah platform yang bersifat toksik, tetapi pada masa sama ada juga yang berkempen secara dalam talian dengan cara yang sihat.

"Kita kalau boleh nak berkempen secara bersih sihat bukan dengan caci maki tetapi berasaskan fakta

“Kita harap netizen yang akan bersama dalam usaha kempen secara sihat,” katanya.