Nyawa pengarah hospital Gaza yang ditahan dalam bahaya - NGO

Iklan
Dr Hussam dilaporkan mengalami kecederaan baharu yang serius termasuk lebam di kepala, sekitar mata, telinga dan leher sehingga sukar untuk dikenal pasti. Foto Reuters

RAMALLAH - Sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) mendakwa keadaan kesihatan Dr Hussam Abu Safiya, Pengarah Hospital Kamal Adwan di utara Gaza semakin merosot selepas beliau dipindahkan ke Penjara Nitzan di Israel, lapor Agensi Berita dan Maklumat Palestin (WAFA).

Physicians for Human Rights memaklumkan peguamnya, Nasser Odeh telah mendokumentasikan kecederaan serius, tanda-tanda dipukul, kesukaran bernafas serta berulang kali tidak sedarkan diri ketika melawat beliau pada 2 Julai.

Iklan
Iklan

Menurut Odeh, Abu Safiya dibawa ke sesi pertemuan itu dalam keadaan tangan dan kakinya bergari serta dikawal anggota pengawal penjara yang bertopeng.

Beliau mengalami kecederaan baharu yang serius serta lebam di kepala, sekitar mata, telinga dan leher sehingga sukar untuk dikenal pasti.

Iklan

Physicians for Human Rights Israel sekali lagi menggesa supaya Abu Safiya serta doktor-doktor lain yang didakwanya ditahan tanpa pertuduhan atau perbicaraan dibebaskan.

Pengarah Jabatan Banduan dan Tahanan pertubuhan itu, Naji Abbas berkata, maklumat yang diterima menimbulkan kebimbangan serius dan mendesak terhadap nyawa Abu Safiya.

Iklan

Beliau menyifatkan keterangan peguam itu sebagai antara yang paling membimbangkan pernah diterima pertubuhan berkenaan sejak perang bermula, dengan merujuk kenyataan Abu Safiya bahawa beliau bimbang akan dibunuh ketika dalam tahanan.

Abbas berkata, keadaan Abu Safiya bertambah buruk selepas beliau mencabar keputusan untuk meneruskan penahanannya di mahkamah, sambil menambah bahawa rentetan kejadian itu memerlukan siasatan bebas dan segera.

Beliau menegaskan bahawa pihak berkuasa Israel bertanggungjawab sepenuhnya terhadap kesihatan, keselamatan dan nyawa mana-mana individu yang berada dalam tahanan serta menggesa campur tangan segera. - Bernama-WAFA