Sultan Kedah mahu pembangunan Langkawi ikut identiti tersendiri tanpa dibanding Phuket, Bali

Iklan
Sultan Sallehuddin bertitah sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan baginda ke-84. Foto: SUK Kedah

ALOR SETAR - Sultan Kedah, Al-Aminul Karim Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah mahu pembangunan Pulau Langkawi diperkasa mengikut identiti tersendiri tanpa perlu membandingkan seperti Phuket atau Bali.

Baginda bertitah, Pulau Langkawi adalah aset strategik Negeri Kedah dan negara sebagai destinasi pelancongan utama serta pemangkin pertumbuhan ekonomi negeri.

Iklan
Iklan

Titah baginda, kekuatan sebenar pulau tersebut terletak pada khazanah alam semula jadi dan warisan unik yang dimiliki.

"Justeru, aset berharga ini wajib dipelihara dan dibangunkan secara lestari.

Iklan

Titah itu disampaikan sempena Istiadat Menyembah Tahniah dan Penganugerahan Darjah-Darjah serta Bintang-Bintang Kebesaran sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan baginda ke-84 di Balairung Seri Besar, Istana Anak Bukit, di sini, pada Ahad.

Turut berangkat ke istiadat itu ialah Sultanah Kedah, Sultanah Maliha Tengku Ariff; Raja Muda Kedah, Tengku Sarafudin Badlishah Sultan Sallehuddin dan Raja Puan Muda Kedah, Che Puan Muda Zaheeda Mohamad Ariff; serta Tunku Mahkota Kedah, Tunku Shazuddin Ariff Sultan Sallehuddin dan Tunku Puan Mahkota Kedah, Che Puan Nur Julie Ariff.

Iklan

Sultan Sallehuddin turut menegaskan tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang mengambil kesempatan membuat sebarang tindakan atau kenyataan yang boleh mencemarkan imej dan reputasi Pulau Langkawi.