SHAH ALAM - Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh membidas kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang membangkitkan isu tempoh pemerintahan kerajaan terdahulu selama 65 tahun.
Menerusi satu hantaran di laman Facebook pada Sabtu, Akmal mengingatkan Perdana Menteri bahawa beliau sendiri pernah menganggotai pentadbiran kerajaan terdahulu itu dengan memegang jawatan sebagai Timbalan Perdana Menteri (TPM).
Iklan
Iklan
"Takut terlupa, maklumlah Melayu mudah lupa kata Tun Mahathir," kata Akmal dalam hantaran tersebut.
Reaksi berkenaan menyusul selepas Anwar, dalam satu kenyataan yang dilaporkan sebuah portal ketika kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor menyatakan, kerajaan Persekutuan yang ditunjungi Pakatan Harapan (PH) baru memimpin selama tiga tahun.
Menurut Anwar seperti dilaporkan, tempoh tiga tahun berkenaan adalah terlalu singkat untuk memperbetulkan segala kesilapan dan kelemahan yang telah dilakukan oleh kerajaan terdahulu yang memerintah negara sepanjang tempoh 65 tahun sebelum ini.
Teguran terbuka yang dibuat oleh Ketua Pemuda UMNO itu jelas ditujukan terus kepada Anwar bagi menjawab kenyataan beliau yang meletakkan beban kesalahan sepenuhnya kepada era pemerintahan terdahulu.
Artikel Berkaitan