'Saya hanya mampu melihat Nor Haslini terkapai-kapai sebelum tenggelam' - Bapa

Iklan
Bapa mangsa, Din Zakaria (tengah) tidak dapat menahan kesedihan selepas anaknya ditemukan selepas terjatuh dari jambatan Sungai Paka di Jalan Jabor-Paka berhampiran Bandar Al Muktafi Billah Shah. Foto Bernama

DUNGUN – “Saya hanya mampu melihat Nor Haslini terkapai-kapai sebelum dihanyutkan arus deras dan tenggelam.”

Demikian luahan pilu seorang bapa, Din Zakaria, 77, yang masih terkilan kerana tidak sempat menyelamatkan anak bongsunya, Nor Haslini Din, 47, selepas wanita itu dilaporkan terjatuh dari jambatan Sungai Paka di Jalan Jabor-Paka berhampiran Bandar Al-Muktafi Billah Shah di sini pada Jumaat.

Iklan
Iklan

ARTIKEL BERKAITAN: Bapa tidak sempat selamatkan anak jatuh jambatan

Wanita terjatuh dari jambatan ditemukan lemas

Iklan

Ahli keluarga tidak dapat menahan kesedihan setelah seorang wanita ditemukan selepas terjatuh dari jambatan Sungai Paka di Jalan Jabor-Paka berhampiran Bandar Al Muktafi Billah Shah. Foto Bernama

Menurut Din, sebaik menyedari kejadian itu, dia terus bergegas ke jambatan yang terletak kira-kira 100 meter dari rumahnya.

Iklan

Namun, segalanya berlaku terlalu pantas apabila dia hanya mampu menyaksikan anaknya terkapai-kapai sebelum dihanyutkan arus sungai yang deras.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Dungun, Superintenden Nik Ab Halim Nik Mat berkata, mangsa yang mempunyai masalah mental ditemukan lemas pada jam 10.30 pagi Sabtu.

Pasukan penyelamat mengusung mayat seorang wanita yang terjatuh dari jambatan Sungai Paka di Jalan Jabor-Paka berhampiran Bandar Al Muktafi Billah Shah semalam setelah ditemukan lemas pagi ini. Foto Bernama

Menurut beliau, mayat mangsa ditemukan terapung dalam operasi mencari dan menyelamat sebelum tersangkut pada ranting kayu kira-kira 200 meter dari lokasi dia dilaporkan terjatuh.

Dalam kejadian pada Jumaat, wanita itu dilaporkan terjatuh dari jambatan berketinggian 45 meter kira-kira jam 10.30 pagi.

Pasukan penyelamat mengusung mayat seorang wanita yang terjatuh dari jambatan Sungai Paka di Jalan Jabor-Paka berhampiran Bandar Al Muktafi Billah Shah semalam setelah ditemukan lemas pagi ini. Foto Bernama Gambar kecil: Nor Haslini)

Mayat mangsa kemudian dibawa ke Hospital Dungun untuk bedah siasat.

Dalam pada itu, Din bersyukur apabila jasad anaknya berjaya ditemukan meskipun pemergiannya meninggalkan kesedihan mendalam buat keluarga. – Bernama