Tapir tular di jalan disembelih penduduk, dimasak tumis pedas

Iklan
Tapir berkenaan berkeliaran di jalan utama sebelum dibunuh penduduk. Foto: Detik.com

JAKARTA— Seekor tapir yang sebelum ini tular selepas muncul di jalan utama di Kabupaten Mesuji, Lampung, Indonesia, berakhir tragis apabila haiwan dilindungi itu disembelih oleh sekumpulan penduduk sebelum dagingnya dipercayai dimasak secara tumis pedas.

Kejadian itu mula menjadi perhatian selepas video berdurasi singkat tersebar di media sosial, memaparkan haiwan berkenaan telah dipotong di kawasan terbuka selepas disembelih.

Iklan
Iklan

Tapir tersebut sebelum ini dilaporkan berkeliaran di kawasan Mesuji sehingga menarik perhatian pengguna jalan raya sebelum kejadian pembunuhan berlaku.

Menurut laporan, selepas disembelih, sebahagian daging haiwan itu dipercayai dimasak menggunakan kaedah tumis pedas sebelum diagihkan kepada beberapa individu.

Iklan

Balai Konservasi Sumber Daya Alam (BKSDA) Lampung memaklumkan pihaknya telah bekerjasama dengan pihak polis bagi menjalankan siasatan lanjut, termasuk mengenal pasti lokasi sebenar kejadian serta individu yang terlibat.

Pihak berkuasa menegaskan bahawa tapir (tenuk) merupakan haiwan dilindungi di bawah undang-undang Indonesia, dan sebarang bentuk pemburuan, pembunuhan atau pemilikan spesies tersebut boleh dikenakan tindakan undang-undang.

Iklan

Kes ini kini dalam siasatan lanjut bagi mengesan semua pihak yang terlibat dalam insiden berkenaan. - Agensi