Pasar raya huru-hara, pelanggan berebut beli penyaman udara

Iklan
Pelanggan sanggup bersesak untuk mendapatkan penyaman udara. - FOTO: Agensi

PARIS - Orang ramai menyerbu sebuah pasar raya di pinggir ibu kota Perancis pada Khamis untuk mendapatkan penyaman udara mudah alih yang ditawarkan pada harga diskaun selepas gelombang haba ekstrem melanda negara itu.

Rakaman video yang tular di media sosial menunjukkan pelanggan berhimpit di pintu masuk dan berlari masuk ke dalam kedai sebaik ia dibuka berikutan permintaan yang meningkat terhadap peralatan penyejukan selepas beberapa hari suhu luar biasa di seluruh negara.

Iklan
Iklan

Ahli Parlimen, Karl Olive berkata, kejadian 'pembelian panik' itu turut berlaku di beberapa kedai lain malah ada pelanggan yang sanggup beratur seawal jam 6 pagi (waktu tempatan).

Bagaimanapun, stok penyaman udara sedia ada didakwa tidak dapat menampung permintaan pengguna yang semakin meningkat.

Iklan

"Ramai yang kecewa kerana hanya terdapat kipas dijual di kedai," katanya di platform X.

Media tempatan menyifatkan keadaan di beberapa kawasan sebagai 'huru-hara' akibat ketiadaan peralatan penyejukan di pasaran.

Iklan

"Berlaku pertengkaran antara pelanggan yang berebut kipas terakhir di sebuah kedai di Saint-Germain-en-Laye sehingga polis terpaksa campur tangan untuk mengawal keadaan," menurut laporan Le Parisien.

Sebahagian pembeli memaksa pintu kedai dibuka sebelum waktu operasi dan bertindak kasar dengan menolak orang lain semata-mata mahu menjadi individu pertama mendapatkan peralatan penyejukan yang kini menjadi barang berharga.

Perancis mengalami cuaca panas kering luar biasa dengan sebahagian besar kawasan merekodkan suhu melebihi 35 darjah Celsius selain ribuan kematian direkodkan. - Agensi