Keluar rumah tinggalkan nota minta maaf, remaja hilang dijumpai selamat

Iklan
Sarudin

SHAH ALAM - Memasuki hari ke-10, remaja lelaki berusia 14 tahun yang dilapor hilang dari rumahnya di Pangsapuri Rimba di sini ditemui dalam keadaan selamat di ibu negara pada Khamis.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Sarudin Samah berkata, hasil maklumat awam, mangsa dijumpai di tempat pejalan kaki berhampiran restoran di Bukit Bintang kira-kira jam 3 pagi oleh ibu dan bapanya.

Iklan
Iklan

Menurutnya, mangsa kemudian dibawa ke balai polis Seksyen 9, Shah Alam untuk laporan lanjut.

"Sepanjang menghilangkan diri, mangsa berada di kawasan sekitar Bukit Bintang dan tidur di restoran terbabit.

Iklan

"Pemeriksaan mendapati mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan dan dalam keadaan sihat," katanya pada Jumaat.

Laporan media Selasa lalu melaporkan Muhammad Shazriq Ziqri Abdullah, 14, didapati telah keluar rumah kira-kira 6.45 pagi pada 23 Jun dari rumahnya.

Iklan

Mangsa juga sempat meninggalkan sekeping nota dengan permohonan maaf kepada ibunya serta meminta menghalalkan makan minum dan ilmu yang diberi.

Laporan polis kemudian dibuat ibu mangsa dan kes diklasifikasi sebagai Orang Hilang.