PRN Johor: BN harap sokongan Pas di kerusi Bersatu - Ahmad Maslan

Iklan
Ahmad Maslan

JOHOR BAHRU - Barisan Nasional (BN) berharap sokongan Pas bukan sahaja tertumpu di kawasan yang tidak ditandingi parti itu, malah turut meliputi 16 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang ditandingi calon Bersatu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ke-16.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Maslan berkata, BN menghargai arahan kepimpinan Pas supaya ahli dan penyokongnya menyokong BN di kawasan yang tidak ditandingi parti itu. Namun, kerjasama sepenuhnya antara kedua-dua pihak masih belum berlaku berikutan Pas turut meletakkan calon di 11 kerusi DUN.

Iklan
Iklan

"Perhubungan 100 peratus itu belum berlaku, kita kena akui. Walau bagaimanapun, kami mengucapkan terima kasih atas arahan yang diberikan kepada penyokong Pas bahawa di tempat Pas tidak bertanding, ahli-ahlinya perlu menyokong BN. Itu kami hargai.

ARTIKEL BERKAITAN: Albert Tei mahu lawan Anthony Loke di PRN Negeri Sembilan

Iklan

'Jangan terkejut apa PH akan tawarkan kepada rakyat Johor'

PH kini antagonis nombor satu PRN Johor?

Iklan

PH tawar agenda pembangunan mampan, gilap potensi Johor - Amirudin

PKR serah senarai calon bagi PRN Negeri Sembilan - Aminuddin

Nak bertanding di Negeri Sembilan, Anthony ingatkan Albert tukar alamat dahulu

"Bukan hanya di luar 11 kawasan itu. Di 11 kawasan itu tentulah penyokong mereka akan menyokong Pas, tetapi saya kira di 16 DUN yang ditandingi Bersatu, pemimpin dan penyokong Pas juga boleh menyokong BN,” katanya dalam temu bual bersama Bernama pada Khamis.

Beliau berkata, perkara itu wajar dipertimbangkan memandangkan kedudukan Perikatan Nasional (PN) yang disifatkannya tidak lagi sekuat sebelum ini, walaupun parti-parti komponennya masih menggunakan logo gabungan berkenaan.

Mengulas dakwaan wujud kerjasama sulit antara BN dan Pas sehingga menimbulkan kebimbangan dalam kalangan Pakatan Harapan (PH), Ahmad yang juga Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Johor berkata, hubungan antara kerajaan dan parti perlu dibezakan.

Katanya, kerajaan negeri Johor pimpinan BN selama ini kekal selari dengan Kerajaan Persekutuan, malah hubungan itu akan diteruskan sekiranya BN diberi mandat pada PRN kali ini.

"Kita ada pemimpin Johor yang memegang jawatan di pusat, antaranya saya, Datuk Seri Azalina Othman Said, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad dan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin. Kita adalah jambatan dalam kerajaan pusat dan jambatan paling besar ialah Presiden UMNO sendiri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, sebagai Timbalan Perdana Menteri,” katanya.

Ahmad turut menzahirkan keyakinan bahawa BN berada di landasan terbaik untuk mencapai kemenangan pada PRN Johor ke-16 dengan sasaran memperoleh lebih 40 daripada 56 kerusi DUN yang dipertandingkan.

Beliau berkata, keyakinan itu berdasarkan pemerhatian dan penilaiannya selepas turun membantu kempen di 25 daripada 26 bahagian Parlimen di Johor serta kira-kira 20 kawasan DUN setakat ini.

Mengenai penyertaan semula beberapa nama besar dalam Rumah Bangsa seperti Khairy Jamaluddin, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan Tan Sri Noh Omar yang hadir memberi sokongan ketika penamaan calon, Ahmad berkata, kehadiran mereka amat dihargai dan mampu memberi nilai tambah kepada gerak kerja kempen BN. - Bernama